Hubungi Kami

Telefon: +61 (0)8 9295 6868 / +61 (0)409 133 144

E-mel: david@hofs.com.au

Skype: hofs-david

Telefon: +1 903 274 6608

E-mel: del@hofs.us

Skype: hofs-del

  1. Laman
  2. Perakuan Pelanggan

Perakuan Pelanggan

Inilah yang diperakui oleh pelanggan kami tentang Sistem Keselamatan Berasaskan Tingkah Laku HOFS.

Shell

Keselamatan telah menjadi industri berteraskan prosedur dan sistem yang sangat kompleks. HOFS mengembalikannya kepada perkara-perkara yang asas, pendekatan diperibadikan yang ketara berkesan tetapi sangat mudah. Pendekatan ini mengukuhkan mengapa setiap seorang daripada kita perlu menjaga keselamatan diri kita, tempat kerja kita dan orang-orang yang bekerja dengan kita setiap hari.

"Saya pernah terlibat dengan program ini sebelum ini dan ia benar-benar mengubah pandangan saya tentang mengapa saya bekerja dengan selamat sebenarnya. SUNGGUH JELAS."
Fomen Penggerudian Shell – Teluk Mexico

Kami mempromosikan program ini dengan penuh semangat kerana kami di pihak pengurusan sangat meyakininya. Terima kasih sekali lagi.
TG - Pakar HSE - Shell International E & P

Shell Australia


Shell Australia

Noble

"Apa yang kami lakukan sebagai orang dalam bidang keselamatan, mengapa kami melakukannya dan kos yang diakibatkan jika kami tidak melakukannya, itulah inti pati program HOFS. David merupakan pendukung gaya hidup selamat yang gigih; Beliau benar-benar menetapkan standard untuk menunjukkan penjagaan dan keprihatinan yang sejati. Saya mengesyorkan HOFS kepada mana-mana syarikat yang ingin mendapatkan cara yang kreatif untuk mengingatkan pasukan mereka tentang mengapa mereka bekerja dengan selamat. HOFS juga menyediakan alat bagi ketua mereka untuk membantu memulakan perbualan yang tepat tentang perkara-perkara yang penting kepada mereka. Saya mengaguminya dan kejayaan besar yang terus dicapai oleh HOFS di bawah kepimpinan beliau."
Del Forbes – Penasihat Latihan Kesihatan, Keselamatan & Alam Sekitar (HSE) Korporat - Noble Drilling

Saya tidak menyimpan gambar keluarga saya di tempat kerja walaupun itulah sebab saya untuk keselamatan. Terima kasih kerana menyediakan penyelesaian ini. Pada pendapat saya, ia suatu idea yang sangat baik.
G A – NobleDrilling, Globetrotter I

Kami akan terus memberikan sokongan kepada program ini. Saya tahu setiap kali saya memakai topi saya, perkara pertama yang saya lihat ialah keluarga saya, ia memang memberikan kesan kepada beberapa saat itu sewaktu merancang hari saya.
K D W – Pengurus Rig – Noble Max Smith

Secara peribadi, saya meyakini bahawa program HOFS ialah alat keselamatan yang sangat berkesan! Saya rasa bersyukur kerana mempunyai hubungan dengan syarikat dan orang sebegini yang mengambil langkah secara proaktif untuk meningkatkan kesedaran serta mengambil langkah-langkah tambahan untuk memastikan kita pulang ke Rumah ke pangkuan keluarga dengan selamat.
William Allen Nash – Operator Lantai Noble Drilling – Teluk Mexico

HOFS merupakan alat yang hebat untuk membolehkan kita pulang ke Rumah dengan selamat kepada orang-orang dan perkara-perkara yang kita sayangi. Mengetahui sebab mengapa seseorang pekerja menjaga keselamatan bukan sahaja dapat melindungi diri mereka, ia juga memberikan kepastian kepada mereka bahawa rakan-rakan sekerja mereka turut memikirkan kepentingan yang terbaik untuk mereka.
Gene Hunt, Penyelia Latihan Keselamatan – Noble Bully 1 – Pengapung Global Tahunan 2013 Shell



Present Group

Present Group mengamalkan HOFS sebagai sebahagian daripada program keselamatan tingkah laku dalam organisasi. Sejak dimulakan, Present Group telah mendapati peningkatan kesedaran dalam kalangan para pekerja tentang mengapa mereka perlu mengamalkan amalan dan tingkah laku kerja yang selamat. Ini telah mendorong budaya yang proaktif, iaitu para pekerja menumpukan perhatian untuk memastikan kesihatan dan keselamatan diri mereka sendiri serta kesihatan dan keselamatan orang lain di tempat kerja.
Michael Freeburn, Pengurus HSE – The Present Group

Sistem HOFS mudah dipadankan dengan sistem kami yang sedia ada, terutamanya proses induksi kami tanpa menjana kerja tulis-menulis yang lebih banyak, ia juga dihubungkan secara terus dengan kaitan yang paling penting dalam mana-mana pasukan – iaitu, di peringkat individu. Secara kesimpulannya, kami meyakini ia merupakan alat suai kenal yang cukup sempurna, ia menghubungkan semua tahap dalam organisasi kami di peringkat yang paling penting ……….. Di peringkat hati.
Brian Grimmer, Pengarah Urusan - The Present Group

Present Group


Shell Australia

Blade Offshore Services Ltd

Konsep keselamatan HOFS merupakan peringatan yang sangat baik untuk seseorang. Sistem ini mudah digunakan dan sangat berkesan kos. Blade Offshore Services Ltd ialah salah sebuah syarikat pertama yang menggunakan sistem ini dan kami masih meneruskan penggunaannya pada hari ini. Beberapa pelanggan kami telah mengamalkan sistem HOFS apabila mereka melihatnya digunakan oleh Jurutera kami. Saya sangat mengesyorkannya sebagai alat keselamatan yang berkesan dan berkos rendah.
John Swingler, Pengarah – Blade Offshore Services Ltd



Marilah kita bekerja bersama-sama.

Marilah Bermula